Showing posts with label kelas tuisyen free. Show all posts
Showing posts with label kelas tuisyen free. Show all posts

Nasihat kepada photographer

Advices for photographer :

1.Follow your own style, not trends. 
2.There are no rules in photography (rule of third etc. is just a guide).
3.Constantly experiment and innovate.

4.Always bring your camera with you everywhere you go. EVERYWHERE.
5.Don't think. Feel. 
6.Take photos that tell stories.
7.The more photos you take, the better.
8.See with your eyes, not your camera.
9.If you are a beginner, don’t worry about the settings too much. Just toss your camera on auto mode and go shooting.
10.No subject is too ordinary to shoot.
11.Photography is a lot like swimming. You have to do it to truly learn it.
12.Get lost in your photography and lose track of time.
13.Upload your photos in facebook,blog,flickr etc 
14.Stop reading about photography. Take photos now!

kepada pemborong lens [2]

Ni post kedua pasal lens. Post pertama klik sini. Ada kat sini aku nak senaraikan beberapa faktor yang kena fikir sebelum beli sesuatu lens.

1. LENS SPEED
Lens speed ni adalah benda pertama yang kita kena consider dalam mebeli lens. Lens yang laju bermaksud aperture yang tinggi (f stop rendah). Maksudnya, cahaya dapat masuk dengan banyak even dalam keadaan gelap. Aperture paling besar aku pernah jumpa ialah f1.4 tapi agak mahal la. Dan kalau aperture besar quality bokeh pun akan up. Sebenarnya, kalau lens yang ber aperture rendah pun tak salah. Contohnya kit lens 18-55mm f3.5-f5.6, tapi kadang-kadang dalam keadaan gelap kena pakai flash atau sumber cahaya untuk dapat gambar yang cantik. Tu pandai-pandai korang la nak settle macam mana.

2. FOCAL LENGTH
Focal length ni maksudnya nilai mm kat lens tu. Lagi tinggi nilai mm tu, lagi jauh korang boleh zoom. Part ni aku tak boleh cakap banyak sebab semuanya bergantung kat korang nak buat photography jenis macam mana.

3. FOCUSING DISTANCE
Ini adalah jarak hujung lens dengan subject. Benda ni berguna kalau korang minat macro atau close up photography.

4. IMAGE STABILIZATION
Function ni berguna untuk elakkan camera shake. Selalunya kebanyakan lens dah ada IS ni. Tapi ada yang takde. Ikut korang kalau nak atau tak. Sebab kalau lens yang ada IS ni harganya akan naik sikit. Bagi aku IS ni penting kalau lens korang panjang (focal length tinggi). Sebab, semakin zoom semain shake camera, so IS sangat penting time ni.

5. BUILD AND QUALITY
Build dan quality setiap lens berbeza. Kalau lens mahal qualitynya memang mantap dan selalunya agak berat. Lens murah pulak kadang-kadang nampak macam plastik dan ringan. Jatuh sekali boleh pecah. Tapi bagi aku benda ni takde lah penting sangat asalkan korang tau jaga lens dan tak campak-campak lens.

6. BUDGET
Yang ni aku tak boleh cakap banyak. Isi poket berbeza bagi setiap orang. Bagi CANON, lens yang bergelang merah adalah lens yang mahal (L series). Tapi bagi orang yang tak berduit dan biasa, aku nasihatkan korang pakai lens yang murah dulu selama 2-3 tahun, bagi master setting-setting camera, tau apa tu aperture, iso, shutter speed, white balance dan lain-lain settings yang korang tak pernah usik, pastu barulah fikir untuk beli lens. Ni baru beli camera beberapa bulan dah tukar lens, amende tu? Tau la korang banyak duit. Bagi pendapat aku, jenis lens takde lah mainkan perananyang sangat penting dalam quality gambar anda. Yang penting adalah cahaya dan Point Of View korang. So betulkan skill tu dulu.

7. BRAND
Dekat luar tu ada banyak brand camera. Dan banyak juga third party lens. Kalau korang pakai Nikon, tak smestinya lens kena nikon. Boleh je pakai Tamron atau Sigma. Maksud aku takde lah third party lens tu hebat. Tapi mungkin lens diorang murah dan quality dia sama dengan lens Canon atau Nikon. Bagi aku, setiap brand ada lens yang tak best dan best. So, sebelum beli lens baik korang buat research sikit dan bandingkan mana yang berbaloi.

bersabar

Salam. Rasa mcm dah lama tak menulis tip-tip fotografi kat sini. Tak mampu nak update blog sangat. Busy la dengan exam dan projek 365 kebelakangan ni. Tapi kali ni aku nak cakap pasal kesabaran dalam fotografi.

Macam ni kisahnya. Kadang-kadang fotografi ni kita kena banyak bersabar dan jangan give up. Contohnya, kalau anda minat ambik gambar landscape. Antara gambar landscape yang best bila sunset ataupun sunrise. Dan untuk ambik gambar ni anda kena bersabar menunggu. Dan tips aku dalam ambik gambar sunset ni, timing warna langit yang terbaik ialah 20 minit selepas masuk waktu maghrib. Masa tu langit akan jadi merah oren ke biru gelap. Dalam istilah fotografinya ialah GOLDEN HOUR. Time ni lah selalunya orang tertunggu-tunggu. Sebab time golden hour ni, langit anda akan jadi lagi dramatic dan tak bosan.

Lagi satu contoh, bagi peminat street candid. Anda memerlukan timing yang tepat untuk ambik gambar yang best. Street candid bukan setakat duduk kat tepi jalan snap ikut suka hati. Mata kena alert tengok sekeliling. cari mangsa yang best. Pastu baru snap. Ini baru namanya professional.

Bawah ni adalah contoh gambar.

untuk gambar ni aku tggu selama setengah jam jugak la untuk tggu tangga tu kosong dan lif tu bergerak..hasilnya agak memuaskan hati :)

kepada para pemborong lens

Dah ramai orang tanya kat aku pasal lens. Contohnya "lens apa yang patut aku beli?", "lens apa yang best?" dll. Sebenarnya aku pun tak tau nak jawab apa. Setiap orang pilihan lens dia lain. Ikut minat tersendiri la. Tapi untuk selesaikan masalah ramai orang, kali aku nak cakap pasal lens apa yang ada dalam pasaran. Bukan nak cakap pasal specific lens tapi aku nak cakap pasal jenis-jenis lens yang ada di pasaran supaya korang boleh pilih antara banyak-banyak tu.

KIT LENS
Kit lens ni ialah lens yang datang bersama body camera dan selalunya jenis lens berkelas rendah (aku pakai lens ni sampai sekarang). Sebab lens ni datang sekali dengan camera, lens ni selalunya sesuai untuk kegunaan harian. Oleh itu anda boleh buat macam-macam dengan lens ni kalau anda banyak mencuba. Oleh sebab itu juga takde alasan untuk anda salahkan lens kalau gambar anda buruk. Anda je yang tak reti pakai!

PRIME LENS
Prime lens ni jenis lens yang ada satu je focal length. Contohnya paling murah  ialah 50mm F1.8 dan lain-lain. Dan aku ada baca fotografer zaman sekarang dah jarang pakai prime lens ni dan lebih prefer zoom lens sebab diorang boleh ubah focal length tanpa gerakkan badan(ke depan atau belakang) hanya dengan jari je boleh zoom in dan zoom out. Tapi last-last prime lens ni still terkenal dengan image quality dan speed (sebab nilai F kecik contohnya F1.8 dan sebagainya).

Bagi aku walaupun pakai prime lens ni leceh sebab tak boleh zoom in dan zoom out dan kita sendiri yang kena gerak, sebab tu jugak la, aku akan fikirkan composition aku secara creative berbanding zoom lens.

TELEPHOTO ZOOM LENS
Macam yang aku cakap tadi, lens ni lebih famous sekarang. Sebab boleh zoom dan tak perlu bergerak. Jadi ini adalah lens yang sangat convinience. TAPI kena ingat lagi tinggi focal length lagi shake gambar kita. Tapi masalah ini dikurangkan dengan IS (Image Stabilisation) yang ada dekat camera tu. So jangan la risau sangat wahai penghidap penyakit Parkinson :)

MACRO LENS
Singkatkan masa. Lens ni membuatkan benda kecik nampak seperti saiz normal dalam gambar kita. Dan Camera ni boleh berada dekat gila dengan subject. Itulah ke-power-an lens ni.


WIDE ANGLE LENS
Lens ni mempunyai perspective yang luas dan sesuai untuk landscape. Wide angle lens ni juga boleh dijumpai dal prime lens dan penghujung telephoto zoom lens. Dan kena berhati-hati dengan wide angle lens ni, gambar anda kadang-kadang akan ditarik di penhujung bucu (paling senang nak tgk fish eye lens). Tapi fish eye tu efect dia lebih sangat. wide angle lens yang biasa takdelah sampai macam tu. Tapi efek tu still ada. Mungkin kadang-kadang nampak best tapi kadang-kadang akan mengundang masalah juga. So, pandai-pandailah pilih ye!

Sekian sahaja bebelan pasal lens. Kita jumpa lagi pada masa hadapan :) Salam

Jika suka sila share atau like :)
dan follow twitter

framing - composition

Kali ni aku nak cakap pasal framing. Framing ni adalah salah satu teknik yang boleh dikatakan agak berseni sikit dalam composition. Yang mana kita buat frame dalam gambar yang kita ambil. Framing ni agak banyak jugak faedahnya, iaitu :


1. Masukkan conteks dalam gambar. Contonhnya, gambar kat atas ni korang boleh tahu yang aku ambik gambar ni dari luar train.

2. Tambahkan depth of field. Depth of field ni maksudnya layer dalam gambar.

3. Bawa mata viewer terus ke subject.



 


 Framing ni tak semestinya betuk segi empat, sebenarnya framing ni tak kisah bentuk asalkan efektif. Contohnya, kita boleh gunakan badan orang untuk buat framing. Tak kisah la dekat salah satu atau dua bucu gambar tu takde frame pun.  Dan lagi satu, frame tu tak semestinya in focus, boleh je out of focus. Bergantung kepada photographer nak gambar macam mana.Kalau frame out of focus, akan tambahkan depth of field dalam gambar. Kalau in focus, akan tambahkan context dalam gambar.

Keseimbangan Putih

Keseimbangan putih atau dikenali sebagai white balance, mesti korang tau kan fungsi dia.Ape2 pun aku nak cakap jugak.White balance ni membolehkan kita control macam mana hasil warna putih dalam gambar kita.Nak putih pure ke,putih kuning2 sikit ke,putih biru2 ke dan lain lain lagi. Setakat ni yg aku tau flash antara benda yg boleh kita gunakan untuk dapat putih pure.Ada cara lain lagi sebenarnya, tapi aku malas nak cakap.

Bagi aku, putih pure ni takde la aku nak cari sgt.Melainkan aku nak pastikan object putih aku dalam gambar betul2 warna putih.Barulah aku berusaha setting camera aku.Contohnya, aku nak ambik gambar makanan dalam pinggan putih, dan aku nak pinggan tu namapak betul2 putih.Time nilah perlunya putih betul2 putih.Contoh je.

White balance ni ade banyak jenis, (bagi Canon, maaf ye Nikonian sekalian :p ) Tungsten, White fluorescent. Daylight, Cloudy, Shade, Custom dan Automatic. Semua ni ikut susunan suhu warna kecuali Custom dan Automatic. Tungsten suhu paling rendah=sejuk (kebiruan) sampailah ke Shade suhu plg tinggi = panas (kekuningan oren2).

Cara basic nak pakai ialah kalau anda dekat kawasan redup, pakailah Shade. Kalau kat bawah matahari terik pakailah Daylight. Dan lain lain. Tapi tu cara basic, kita boleh jadi creative dengan white balance ni. Nak tau mcm mana caranya kenalah cuba2 sendiri dgn main hentam je white balance. Anda akan tau white balance mana yang best pada masa2 tertentu. Dan satu lagi elakkan pakai auto white balance.Bosan.

Aku bagi contoh gambar dan apa jenis white balance

White Fluorescent


Cloudy


geng, jom follow twitter | facebook | flickr

teknik vignette

Dulu mula2 aku mencebur diri dalam bidang fotografi ni aku byk tgk gambar2 org lain. Macam2 bagai jenis gambar ada. Tapi satu benda yg aku tertarik dan terfikir. Kenapa org letak vignette?? Vignette tu tak merosakkan gambar ke? Aku setakat terfikir la. Nak tanya tak boleh. Takde tunjuk ajarku SIFU. Dalam awal2 aku mengedit gambar aku tak pakai langsung teknik vegnette ni sebab  aku rasa merosakkan dan memburukkan gambar. Tapi lepas aku lagi banyak tgk gambar org kat flickr, portfolio fotografer terkemuka. Ramai je pakai. Oleh itu tak salah pakai vignette ni asalkan kuantiti dan cara dia betul.

Macam mana nak tau kuantiti vignette tu betul?? Aku pun tak tau sebenarnya. Apa yg aku boleh cakap, kuantiti vignette yg kita buat tu ada FUNGSI dalam gambar. Fungsi nya bergantung kepada diri anda sendiri. Secara umumnya vignette ni digunakan untuk bagi impact atau nak mata viewr focus kat subject, atau nak bagi mood gambar jadi misteri gitu.

Cara vignette pulak bergantung pada individu, macam2 cara ada. Cara biasa yg senang ialah hitamkan edge atau gelapkan warna edge. Aku selalu pakai cara first, yg second tu aku jarang pakai sangat.

Kesimpulannya, anda janganlah takut nak pakai apa2 jenis teknik pun termasuk vignette ni sebab takde benda salah dalam fotografi ni. Asalkan gambar anda cantik. Itu je yang kena tau.











geng, jom follow twitter | facebook | flickr

Sentuhan Warna

Warna adalah element paling power dalam gambar.Walaupun sikit mmg akan bagi efek yg besar.Oleh itu,warna dapat digunakan untuk membuat gambar anda menjadi attractive dan kalau lagi pro boleh gunakan warna untuk dorong mata viewer ke tempat yg kita nak dalam gambar.Faham tak?ke ayat aku berterabur? Tapi mcm tu lah maksudnya =p

Setiap org ada favourite colour dan tak berapa suka dgn combination sesuatu warna kan.Yang tu tak berapa penting dalam dunia photography ni,yang pentingnya ialah warna apa yg "attract the eye more strongly". Jawapannya ialah, primary colours terutamanya warna merah (primary colour ialah biru,merah dan kuning kalau korang lupa la).

Lagi satu, warna ni penting.Cuba bayangkan ada banyak gambar depan kita.First gambar yg kita akan tgk ape?Bagi aku, aku akan tgk gambar yg ada warna merah dulu.Penting tak warna?Oleh itu pemilihan warna agak penting jugak la untuk bagi gambar kita lebih 'umph'.Dan tak semestinya kita kena shoot merah je.

Sebenarnya, kalau shoot studio mungkin senang untuk susun warna2 ni, kalau kat luar mungkin akan lagi susah.Oleh itu nasihat aku, time kat luar cubalah buka mata cari warna2 yg menarik untuk gambar anda :)

Kat bawah ni contohnye lah.Tgk dan baca lah.

Background die walaupun terang dan banyak pattern yg mungkin menganggu subject.Tapi first skali yg kita nampak mesti bunga merah tu kan.Oleh itu aku nak cakap, warna dalam ni agak betul la.Itulah kisahnye....

red,yellow and brown

Dah lama aku tak post kat blog ni,sebab asyik busy je dengan hal2 duniawi.Kali ni aku nak bercerita pasal gambar autumn.Aku pergi Nikko 2 minggu lepas dan gambar yg aku ambik takde la banyak sgt.Tapi aku nak ajar sikit la pasal shoot gambar autumn ni.

1.Contrast
Kalau sebut pasal autumn mesti akan teringat color kan.Oleh sebab itu sebelum shoot cari color contrast yg best.Contohnya kaler merah dengan hijau ke,kuning dengan biru ke dan lain2.Pandai2 la gabung color tu.Cara paling senang, contrast antara subject dan background.

2.White balance
Main white balance.Jangan pakai automatic white balance, buat rugi je ade function tu kalau tak pakai.Sebagai contoh, time aku pergi Nikko ni aku pakai white balance cloudy.Supaya gambar aku nampak agak kuning.Biar daun2 tu nampak lebih umphhh.

3.Underexposed
Time nak shoot autumn.Aku nasihatkan underexpose kan sedikit kat setting camera tu.Supaya color daun tu akan naik lagi dan dapat lebih banyak detail.Jangan enderexpose sgt,nanti rosak gambar.Buat rugi je amik gamabr byk2 tapi semua gelap

4.Eperture
Main aperture.Sama ada nak background blur atau sharp.Yang ni bergantung terhadap situasi la kita nak gambar mcm mana.

5.Be creative
Jangan asyik ambik gambar daun je.Ambik gambar lain.Contohnya, ambik gambar org2 kat sekeliling ke, gambar kasut ke.Ape2 la.Dan 'be creative'.















more pictures

shooting mode

1.Mesti korang tertanya2.Apa shooting mode yg bagus.Aperture priority,shutter speed priority ataupun manual.Sebenarnya takde jawapan tetap bagi masalah ni

2.Bagi aku,semuanya bergantung kepada LENS dan SITUASI masa kita nak shoot tu.

3.Dulu aku guna canon lens kit 18mm-55mm (lens cikai tapi bagus).Oleh sebab aperture nya takde lah besar sgt(f number kecik) aku gunakan shutter speed mode.Kerana kalau aku guna aperture mode, contohnya aku set kepada f4 atau area2 situ..kalau keadaan x berapa cerah.Shutter speed akan jadi slow.Kalau shutter speed slow kemungkinan tinggi gambar anda akan sedikit shaky.Ini adalah masalah besar.

4.Sekarang aku baru beli lens Canon 50mm f1.8.Oleh kerana aperturenya sgt besar(f kecik),lebih dari 90% aku gunakan aperture priority mode.Ini kerana aperturenya besar,walaupun dalam keadaan agak gelap cahaya dapat masuk dalam lens tu agak banyak.Jadi masalah shaky tu tiada lagi

5.Pasal situasi pulak,kalau anda mahu gambar anda bokeh.Anda perlu control aperture.Jadi aperture priority lebih sesuai masa ini

6.kalau anda tak mahu bokeh atau mahu freeze kan subject yang bergerak.Masa ini anda sesuai gunakan shutter speed priority.Tapi apa yang anda perlu ingat, kalau shutter speed laju.Jumlah cahaya masuk lens adalah sedikit.Jadi anda mungkin perlukan cahaya yang banyak(cuaca cerah atau flash)

7.bagi manual mode, anda perlu control kedua dua shutter speed dan aperture.Mode ini adalah mode yang agak mencabar.Aku jarang guna, tapi ada masa kita terpaksa pakai manual ni.Contohnya light trail, bunga api dan lain2.

8.Oleh itu, tiada mode specific yang ditetapkan.Semuanya bergantung kepada diri sendiri macam mana hasil gambar yang anda mahu.Mungkin anda mahu cuba sesuatu yang lain dari orang lain, jadi gunakan mode yang lain dan mungkin hasil anda akan lain dari yang lain.Inilah yang akan membuat gambar anda lebih creative


aperture priority untuk blur keretapi belakang


shutter speed mode untuk freeze subject

manual untuk control aperture dan shutter speed

how to get inspired

Sebelum ni aku ada pesan dalam automatic mode yang kalau nak naik level ngan cepat dalam photography ni.Kena banyak ambik gambar dan publish kat mana2 especially flickr.Supaya kita fikir apa yang kurang dalam gambar kita.

Nak amik gambar selalu memang susah.Lagi lagi la kalau setiap hari kita asyik ulang benda yang sama.Contohnya jalan kat jalan yang sama,buat kerja yang sama.Memang susah la nak ada idea amik gambar.

Tapi ada caranya untuk kita "get inspired".Kat sini aku nak share macam mana cara aku.Setiap orang maybe lain sikit.Tapi basicnya macam ni la kot.Haha..Aku hentam je sebenarnya.

1.Main internet
Tgk la gambar2 org lain.Kat flickr ke mana2 blog atau website.Lagi banyak gambar anda tgk.Lagi mencurah curah idea nak ambik gambar.Cara ni memang berkesan.Aku selalu buat sebelum aku shoot apa2.

2.Experiment atau buat photography project
Yang ni aku kadang2 buat.Time weekend la selalunya.Contohnya, aku pegi shopping kat mana2 supermarket, aku beli buah.Kat rumah, aku ambik gambar tu.Dengan buah tu, aku experiment la macam2.Aku experiment macam mana nak buat shadow la ape la.Ikut suka aku time tu la.Ni antara weekend project aku food porn - pisang

Tak semestimya project yg kena keluar duit.Ada je yg x keluar duit.Contohnya, amik gambar long exposure kereta ke bintang ke light paingting ke dan lain2.Aku syorkan buat benda2 yg rare la.Mmg org akan pay attention kat kerja kita.Sebab lain dari yg lain.Contohnya,aku pernah buat project amik gambar dari dalam peti sejuk aku(bajet rare)..hahaha

3.Bawak camera ke mana sahaja
Ni kita kena jadikan habit.Bawak camera selalu.Mana tau tgh jalan ada jumpa apa2 yang best.Kadang2 kita mesti ada rasa menyesal kan kalau tak bawak camera.Haha.Aku pernah rasa.Kalau kita selalu bawak camera.kita mesti akan terfikir gambar apa yang kita boleh amik time jalan2.Secara tak sengaja kita telah "get inspired" dah time tu.Oleh itu pesan aku.Bawak camera dan amik gambar byk2!!

4.Enjoy
Apa2 pun.Ni paling penting.Kalau enjoy semua benda akan menjadi.Tak boleh dinafikan lagi.hahaha..Aku dah sampai enjoy sgt dgn benda ni, sampai setiap hari aku mesti fikir pasal photography.Gila sgt dah ni aku.Tapi time anda sampai tahap ni mesti bayak je idea datang.Secara naturally :)













automatic mode

post ni bagus untuk budak2 yg baru dapat dslr..hehe..main2 je..x kisah la yg baru ke tak..tapi kali ni aku nak ajar pasal automatic mode..mesti korang x penah pakai automatic dan mode2 beginner tu kan..haaaa..salah tu..kan mode tu ada kat situ..pakai je la..rugi duit korang beli kamera kalau tak pakai..tapi aku x cakap kena pakai setiap masa

kenapa??pada adik2 yg baru blajaq pasal kamera ni..yang blank2 lagi pasal nak control cahaya masuk lens tu (shutter speed, aperture, iso), mode2 beginner ni sesuai la untuk cik adik sekalian : )

bagaimana??caranya mudah saja..masa anda nak amik gambar something..tapi time tu anda x tau setting die..ubah mode anda kepada automatic mode (yg ade gambar segi empat kaler hijau tu)..anda tekan shutter speed setengah je..time tu anda boleh tgk ape shutter speed die..ape aperture die..pastu dengan info2 tadi anda gunalah kat mode aperture priority atau shutter speed priority atau manual..anda bukan setakat amik bulat2 je setting tu..anda boleh tukar sket2..dan time tukar2 dan experiment tu la anda akan dapat belajar sket2 pasal pengawalan cahaya

hah..untuk tambahan..anda juga boleh pakai mode2 beginner yang lain (pakai yg bersesuaian lah..jangan nak amik gambar bunga pakai landscape mode pulak..tapi kalau nak try boleh je..hehe)


benda ni aku cakap dari experience..dulu time awal2 aku buat macam ni jugak..aku pun blank pasal shutter speed, aperture, dan iso ni..pastu untuk senang dan blajar slow2..aku pakai cara ni..dan untuk share aku tulis la kat sini..ada ilmu kalau x share..buat apa

lagi satu..aku nak pesan kepada yg baru blaja pasal camera ni..rajin2 la amik gambar dan upload2 kat flickr atau mane..sebab lagi banyak anda tekan shutter..lagi banyak experience..pasal upload kat flickr..setiap kali upload mesti kita akan fikir ape yg x kena dalam picture yang kita amik tu..kita akan belajar dari kesalahan..setakat yang aku tgk sekarang ni..orang yang tak upload atau tgk balik apa yg kurang kat gambar yg die amik tu..die mmg lambat gile improve(ni dari apa yg aku tgk la..tapi aku rasa mmg betul pun)..so cara yg senang..upload kat flickr ataupun facebook..sebab sekarang ramai org ada facebook kan..jangan la malu..aku pun dulu gambar haprak jugak

ni gambar2 dulu yg aku amik..ni folder first dalam albun gambar aku










amacam??xde la lawa sgt kan..tula..aku nak cakap..awal2 upload je..xyah malu..semua orang start dgn xde ilmu kot..mana ada start2 je terus pro..nak improve cepat..ikut cara aku cakap tadi

photography is not random

Bagi aku, photography ialah bukan sesuatu yang random.Walaupun candid.Mengapa?Sebabnya ada kat bawah ni

Pernah tak kita terfikir apa yang kita nak dalam gambar kita?Tak kisah la subject ke ape ke.Pernah kan?Itu lah mengapa "photography is not random"

Punya la panjang pendahuluan.Sebenarnya tujuan post ini adalah untuk mengajar cara macam mana kita nak ambik sesuatu gambar.Apa yang kita perlu fikir sebelum tekan shutter tuh

Soalannya ialah:
1)Apakah subjek?

2)Subjek bergerak atau still

3)Apa background gambar?(bagi aku background adalah something yg penting)

5)Surrounding masa tu gelap ke cerah?(klu gelap ke cerah ke pandai2 hangpa la ubah settings ye..tapi kalau nak tau boleh tanya kat komen bawah tu)

6)Apa mood gambar?

7)Kat situ ada tak pattern atau apa2 yang boleh digunakan untuk tambah 'umph' dalam gambar

8)Paling penting.Kalau org lain ada ambik subjek yang sama,macam mana dia buat.Angle dan everything(Ini adalah untuk jadi panduan kita.Kalau boleh kita buat something out of the box.Inilah yang dipanggil point of view/angle dan benda inilah yang akan buat gambar anda mahal :) )

Sebagai contoh:











Think before you shoot!

colours of my life

For me colours is everything in photography.I love to colours and high contrast pictures.As you know contrast is certainly not a new approach to enhance an image.But we must be careful of high contrast.One very common problem comes with high contrast is the highlights in the image can become blown-out and loss all of their detail.For example HDR photography.For me HDR is easy, but it's uneasy to make a natural HDR image.

Ok, enough about HDR and high contrast.The title is about colours.So colours it is.If you follow my flickr.There are so many pictures of flowers.Why? Because flowers are colourful.And with a little bit of angle and details, you could create a WOW factor in your images

Lets see some of my pictures


















how to get good and nice colours in your image?
the only answer is you need to know how to control the amount of light that entered your lens..that's all :)