Dah ramai orang tanya kat aku pasal lens. Contohnya "lens apa yang patut aku beli?", "lens apa yang best?" dll. Sebenarnya aku pun tak tau nak jawab apa. Setiap orang pilihan lens dia lain. Ikut minat tersendiri la. Tapi untuk selesaikan masalah ramai orang, kali aku nak cakap pasal lens apa yang ada dalam pasaran. Bukan nak cakap pasal specific lens tapi aku nak cakap pasal jenis-jenis lens yang ada di pasaran supaya korang boleh pilih antara banyak-banyak tu.
KIT LENS
Kit lens ni ialah lens yang datang bersama body camera dan selalunya jenis lens berkelas rendah (aku pakai lens ni sampai sekarang). Sebab lens ni datang sekali dengan camera, lens ni selalunya sesuai untuk kegunaan harian. Oleh itu anda boleh buat macam-macam dengan lens ni kalau anda banyak mencuba. Oleh sebab itu juga takde alasan untuk anda salahkan lens kalau gambar anda buruk. Anda je yang tak reti pakai!
PRIME LENS
Prime lens ni jenis lens yang ada satu je focal length. Contohnya paling murah ialah 50mm F1.8 dan lain-lain. Dan aku ada baca fotografer zaman sekarang dah jarang pakai prime lens ni dan lebih prefer zoom lens sebab diorang boleh ubah focal length tanpa gerakkan badan(ke depan atau belakang) hanya dengan jari je boleh zoom in dan zoom out. Tapi last-last prime lens ni still terkenal dengan image quality dan speed (sebab nilai F kecik contohnya F1.8 dan sebagainya).
Bagi aku walaupun pakai prime lens ni leceh sebab tak boleh zoom in dan zoom out dan kita sendiri yang kena gerak, sebab tu jugak la, aku akan fikirkan composition aku secara creative berbanding zoom lens.
TELEPHOTO ZOOM LENS
Macam yang aku cakap tadi, lens ni lebih famous sekarang. Sebab boleh zoom dan tak perlu bergerak. Jadi ini adalah lens yang sangat convinience. TAPI kena ingat lagi tinggi focal length lagi shake gambar kita. Tapi masalah ini dikurangkan dengan IS (Image Stabilisation) yang ada dekat camera tu. So jangan la risau sangat wahai penghidap penyakit Parkinson :)
MACRO LENS
Singkatkan masa. Lens ni membuatkan benda kecik nampak seperti saiz normal dalam gambar kita. Dan Camera ni boleh berada dekat gila dengan subject. Itulah ke-power-an lens ni.
WIDE ANGLE LENS
Lens ni mempunyai perspective yang luas dan sesuai untuk landscape. Wide angle lens ni juga boleh dijumpai dal prime lens dan penghujung telephoto zoom lens. Dan kena berhati-hati dengan wide angle lens ni, gambar anda kadang-kadang akan ditarik di penhujung bucu (paling senang nak tgk fish eye lens). Tapi fish eye tu efect dia lebih sangat. wide angle lens yang biasa takdelah sampai macam tu. Tapi efek tu still ada. Mungkin kadang-kadang nampak best tapi kadang-kadang akan mengundang masalah juga. So, pandai-pandailah pilih ye!
Sekian sahaja bebelan pasal lens. Kita jumpa lagi pada masa hadapan :) Salam
Jika suka sila share atau like :)
dan follow twitter
contact lens ada x?
hahahahaha..contact lens mende mala oi