Ini lah dia post project 365 aku untuk kali kedua. Kali pertama klik sini. Edisi kali ni ada jugak la gambar yang barai-barai sikit. Tapi hari tu dah larut malam. Idea pulak takde, terpaksa rembat je la apa yang ada. Sila jangan mengutuk gambar aku buruk dan hodoh. Keadaan memaksa. Harap maklum.
hari 8
Kalau korang perasan ada plastik kat bunga tu. Haha. Nak ambik gambar bunga takyah tunggu musim bunga. Pergi kedai bunga aje.
hari 9
Shinjuku station. Dan aku cuba buat skill framing sikit. Sebenarnya time ni cerah je dan takde noise. Aku sengaja tambah noise untuk lebih mood sikit.
hari 10
Ini gambar barai aku. Hari ni aku dah lambat dah nak ambik gambar. Dah gelap. Terpaksa ambik je walaupun terpaksa naikkan iso jadi 1600. Sebab tu noise berlambak sgt. Tujuan aku ambik gambar ni sebab ada bayang-bayang macam menakutkan sikit kat bangunan tu.
hari 11
Hari hari lambat keluarkan kamera dah bermula. Kali ni nasib baik masa aku pergi library ada moment yang best. So, aku keluar dari library ambik gambar mamat ni dari luar.
hari 12
Ini gambar yang agak best bagi aku. Ada reflection dan lines yang efektif. Aku agak puas hati la dengan composition gambar ni. Editnya, aku sengaja tambahkan sikit kebiruan gambar ni. Bagi nampak sejuk sikit dan kena dengan mood.
ehh ai like day 11 lah!
nice variety~~~ :D
decks tokyo beach?
pekah : thanks :)
fujita : No..It's Sakuragi Cho
gambar last tu cantek duh.