Hari 33
Seperti biasa, aku lambat lagi ambik gambar hari ni. Dah malam baru terhegej-hegeh nak ambik gambar. Biasalah, busy kan. Kena cari rezeki untuk anak bini. Nanti diorang nak makan apa? Takkan nak makan kayu kot? Huh.
Air peneman bila penat bekerja, aku pun dengan malasnya keluarkan Canon 50mm f1.8 aku dan 'snap' terus siap. Lens ni memang mantap la. Tanpa perlu berusaha, hasilnya memang kelas. Focus amazing dan bokeh terlalu hebat. Kepada pengguna canon, silalah beli lens ni bila anda dah takde idea nak dan inspirasi bila guna lens anda sekarang. Hasil dan harga sangat mantap youuuu~. Tapi kali ni trick aku macam biasa, UPkan level saturation dalam kamera tu kepada 3 atau 4. Warnanya akan naik dengan lawanya.
p/s: kepada kawan-kawan yang cakap "heh, gambar tak lawa pun. Idea bosan la" . Jawapan aku "hotak lu, ko try dulu la buat projek 365 ni. Baru ko tau ada idea ke tak nak shoot gambar lawa tiap-tiap hari". Sekian terima kasih :)
Hari 34
Terima kasih kepada Jamal dan Tewom sebab tiap-tiap hari masak untuk sempai-sempai yang malas ni. Jasamu akan ku kenang sampai aku kaya-raya nanti (hak tuih). Peluang dah ada depan mata, tunggu apa lagi. Aku pun snap la gambar-gambar sayur tu (walaupun kitorang bujang..kitorang makan sayur jugak tau).
Disebabkan kepala otak aku dah beku gara-gara musim sejuk. Aku ambik jalan senang, shoot pakai 50mm lagi. Settings pun sama macam kat atas. Setakat framing je main-main hentam kromo sikit. Pastu lagi satu, lighting kat dapur pun takde lah best sangat, dan aku malas nak ambik kisah. Hentam sajalah labu, aku snap je mana yang ada. Hasilnya macam ni lah. Libhting tak sekata. Tapi mood agak best jugak lew.
Disebabkan kepala otak aku dah beku gara-gara musim sejuk. Aku ambik jalan senang, shoot pakai 50mm lagi. Settings pun sama macam kat atas. Setakat framing je main-main hentam kromo sikit. Pastu lagi satu, lighting kat dapur pun takde lah best sangat, dan aku malas nak ambik kisah. Hentam sajalah labu, aku snap je mana yang ada. Hasilnya macam ni lah. Libhting tak sekata. Tapi mood agak best jugak lew.
Hari 35
Hari first turun snow dengan lebat. Batak kemain haih. Dari senior sampai lah ke juniour. Ni payung Jamal, aku ambik sebagai subjek. Punyalah takde idea, macam-macam aku buat. Plan awalnya nak shoot gambar payung terbang. Tapi macam susah je. Lagipun mengganggu jugak la snow tengah turun. Last-last letak je payung kat atas rumput. Aku shoot. Hahahaha. Pemalas. Sebagai post editing, aku edit kat photoshop, bagi ada tone sikit. Dan aku buat sikit efek faded.
p/s : thanks kepada tewom yang memayungkan aku masa aku shoot. You are the man!
Hari 36
Hari dah hampir gelap, aku keluar dengan takde idea nak shoot apa. Nasib baik ada budak-budak kecik tengah buat snow man. Aku pun tumpang sekaki. Tapi ni snow man version kecik dan comel la. Yang besar diorang buat buruk sangat. Tak nak ah aku. Masa ni seperti biasa, aku pakai 50mm untuk efek bokeh yang mantap dan ayu.
Edit pun aku pakai photoshop, setakat bagi tone je. Biaq nampak sejuk sikit~
Hari 37
Akhirnya, tercapai jugak niat aku nak ambik gambar pokok ni. Kalau korang ikut projek 365 aku, korang akan perasan ada gambar yang sama. Angle pun sama, cuma musim je yang lain. Mula-mula aku fikir, nanti orang cakap gambar aku takde variasi, tapi apa aku kisah. sebagai kenangan aku nak ambik jugak.
Sorry la kawan-kawan, masa ni aku kurang idea dan aku terminat lebih dengan tone-tone ni. Sama je tone nya dengan gambar-gambar sebelum ni. Tapi aku dah takde idea sangat dah ni. Ambik jalan senang, buat benda yang sama je. Nanti baru aku buat benda baru sikit. Harap bersabaq~~
cool nyaaa ^^