Hari 38 |
Gambar ni diambil dari perpustakaan universiti aku. Dari sebalik langsir gitu. Subjek utamanya ialah pokok tu. Disebabkan hari bersalji, warna gambar ni tak contrast sgt. Jadi aku buat balck and white. Baru ada feel sikit.
Hari 39 |
Ni gambar aku ambik 10 minit aku nak pegi kelas. Dari bilik aku yg berada dalam universiti aku (gua duduk hostel). Mula-mula nak ambik gambar biasa je dari tingkap bilik aku, pastu aku terfikir untuk jadikan frame tongkap sebagai frame gambar ni. Tapi macam tak best pulak, dan akhirnya aku jadikan langsir sebagai frame. Sebab tu korang nampak hitam kat kiri kanan tu. Bukan edit pakai photoshop ke ape, sebab aku tak tau sgt pakai photoshop (lightroom boleh sikit). Lagi satu, aku nak ingatkan post production, gear adalah tak penting. Yang paling penting adalah angle, POV (point of view) korang. Tu yang membuatkan gambar anda WOW dari orang lain. Percaya lah cakap aku. Sebab aku ada baca, sorang fotografer National Geographic tu tu kata, dari membuang duit membeli gear, baik beli knee pad dan tangga. Ini membuatkan gambar anda lebih mahal. Sebab ini jugaklah, aku dah lama tahan diri untuk beli lens. Sebab aku nak push diri aku pakai sampai MAX apa gear yang aku ada. Kalau korang nak tau, aku hanya ada double kit lens dan 50mm f1.8 (sebab murah sgt aku beli).
Hari 40 |
Hari ni aku ambik gambar biasa je. Gambar hadiah girlfriend aku bagi. Saje je nak masukkan gambar ni gamlam projek 365 ni, sebagai kenangan la orang kata. Aku ada baca, projek 365 ni sebenarnya lebih kepada diari dalam bentuk fotografi. Aku bukan seorang yang pandai tulis dan berkata-kata. Tapi aku minat fotografi, ni cara yang aku boleh buat. Lagi satu, aku tau blog aku agak LAME sikit, sebab ayat aku tak power dan biasa je, tapi sebab fotografi jugak la, aku buat benda ni. Tak berniat nak cari duit, dan menjadi famous. Aku setakat nak share je dengan orang-orang yang berminat nak tengok hasil kerja aku.
Hari 41 |
Lagi sekali aku ambik gambar jenis-jenis macam ni. Aku sekarang memang terpengaruh gila dengan Ben Chrisman. Cuba untuk perbaiki angle-angle aku untuk menambahkan kesedapan dalam gambar. Orang kata, "meniru adalah guru terbaik". Aku kata "kalau nak meniru, tiru orang yang betul-betul power,dan ubah sikit style mengikut kesesuaian diri anda".
Hari 42 |
Ini hari aku blank, takde idea. Sebab apa entah. Oleh itu aku ambik gambar fail. Ye, panda tu adalah gambar fail yang letak kertas tu. Memang gambar buruk gila babi. Tapi aku memamg betul-betul takde idea. Terus snap je. Apa yang aku belajar, sangat susah nak ambik gambar benda yang reflect cahaya ni. Sampai sekarang aku pun tak tau nak buat macam mana. Kalau anda tau, sila bagitau dalam ruangan komen tu.
p/s : Nak jadi famous adalah kerja senang, pergi mencapap sana sini dapat la follower banyak. Nak ambik gambar yang creative dan fresh adalah susah. Tapi aku ada tengok jugak, ramai kawan-kawan aku dan manusia yang aku tak kenali kat luar sana tu ambik gambar yang cukup cantik, cukup creative tapi peminat langsung haprak tarak underrated gila babi. Oleh itu, kawan-kawan sekalian sila lah support orang-orang yang macam ni. Berkarya bukan senang!!
hehee xpe2 xyh risau ayat.
tulis pointform je pn xpe klu mls sgt :D
pointform tu guane tuh?