1.Mesti korang tertanya2.Apa shooting mode yg bagus.Aperture priority,shutter speed priority ataupun manual.Sebenarnya takde jawapan tetap bagi masalah ni
2.Bagi aku,semuanya bergantung kepada LENS dan SITUASI masa kita nak shoot tu.
3.Dulu aku guna canon lens kit 18mm-55mm (lens cikai tapi bagus).Oleh sebab aperture nya takde lah besar sgt(f number kecik) aku gunakan shutter speed mode.Kerana kalau aku guna aperture mode, contohnya aku set kepada f4 atau area2 situ..kalau keadaan x berapa cerah.Shutter speed akan jadi slow.Kalau shutter speed slow kemungkinan tinggi gambar anda akan sedikit shaky.Ini adalah masalah besar.
4.Sekarang aku baru beli lens Canon 50mm f1.8.Oleh kerana aperturenya sgt besar(f kecik),lebih dari 90% aku gunakan aperture priority mode.Ini kerana aperturenya besar,walaupun dalam keadaan agak gelap cahaya dapat masuk dalam lens tu agak banyak.Jadi masalah shaky tu tiada lagi
5.Pasal situasi pulak,kalau anda mahu gambar anda bokeh.Anda perlu control aperture.Jadi aperture priority lebih sesuai masa ini
6.kalau anda tak mahu bokeh atau mahu freeze kan subject yang bergerak.Masa ini anda sesuai gunakan shutter speed priority.Tapi apa yang anda perlu ingat, kalau shutter speed laju.Jumlah cahaya masuk lens adalah sedikit.Jadi anda mungkin perlukan cahaya yang banyak(cuaca cerah atau flash)
7.bagi manual mode, anda perlu control kedua dua shutter speed dan aperture.Mode ini adalah mode yang agak mencabar.Aku jarang guna, tapi ada masa kita terpaksa pakai manual ni.Contohnya light trail, bunga api dan lain2.
8.Oleh itu, tiada mode specific yang ditetapkan.Semuanya bergantung kepada diri sendiri macam mana hasil gambar yang anda mahu.Mungkin anda mahu cuba sesuatu yang lain dari orang lain, jadi gunakan mode yang lain dan mungkin hasil anda akan lain dari yang lain.Inilah yang akan membuat gambar anda lebih creative
manual untuk control aperture dan shutter speed