weekend project

Dalam post sebelum ni fotografia: how to get inspired aku ada cakap salah satu cara untuk "get inspired" ialah buat photography project.Oleh itu, aku plan untuk buat sekurang kurangnya satu photography project setiap bulan.Aku boleh upgrade skill dan korang dapat tgk gambar aku.Dua2 menang :)

Kalau sapa2 nak join, sangat dialu alukan.Nak post kat blog aku ni pon boleh sokmo

Project aku kali ni ialah pineapple, bahasa melayunya..nenas

Sekian..terimalah projek first aku








Ok.Macam tulah hasilnya.Korang nak tau macam mana aku buat.Time ni aku xde speedlite sume tu.Aku takde lens 50mm.Aku pakai lens kit cikai tapi stylo canon 18-55mm.Untuk sumber cahaya, aku pakai lampu study aku yg xpernah dipakai untuk study, reflector org miskin pinggan aluminium dan background ape tah warna hitam tu aku x tau nama dia.Pinggan untuk stabilkan sket buah tu dan kerusi warisan senior untuk tinggikan sikit objek.Itu sahaja.

Yang gambar hirisan buah tu, aku pakai cermin lapik meja.Aku amik gambar dari bawah cermin dan letak lampu kat atas dia.

Sebenarnya,kalau kita tau apa yg kita nak, boleh je kita yg buat semua tu.Contohnya yg paling penting, sumber cahaya.Time ni aku nak main dgn cahaya dan bagi background gelap, so dgn lampu study pun dah cukup sebenarnya.

Lagi satu, kat sini aku nak cakap yg walaupun xde gadget2 best, tak semestinya tak boleh amik gambar yg berkualiti.Asalkan kita pandai create situation, semua boleh jadi.

Gambar 'gadget-gadget' aku :p

Leave a Reply