sayonara tanah matahari terbit

Hari ni aku balik, rasa banyak pulak kenangan. Haih. Kepada sempai-sempai yang nak balik. Thanks for everything.

Lan, Fikah, Syikin, Jua, Huda, dan lain-lain. Thanks lah, halalkan makan dan minum dan segala-galanya ye :)

Kepada Pekah Ai good luck for your hapyou. See you in Malaysia!!


Bye

p/s: gambar bawah ni aku pilih sebab ada moment dan kenangan, dan sila abaikan jika shaky sikit. Harap maaf




cis!


Ape ni?nak kawin tapi tak nak solat. Cis!

Kenapa dan Mengapa

Korang yg baca blog aku mesti terfikir kan. Kenapa aku tak tulis pasal cara2 edit gambar kan.Alasannya ialah aku rasa belajar pasal teknik mengambil gambar lebih penting. Oleh sebab itu aku pun mengajarlah pasal composition,teknik dan lain2 kat sini. Lagipun blog ni baru lagi kan,aku rasa bersalah jugak la kalau tak ajar benda paling basic kat sini.

Bagi aku, edit gambar dan teknik ambil gambar(composition dan lain2) adalah 50-50 dalam menentukan gambar yg cantik.Kalau composition hampeh payah jugak nak edit sampai jadi cantik.Sama jugak la, kalau composition dh nice dah tapi edit pulak lebih2 jadi buruk. Itu kerugian jugak la.Tips aku untuk edit gambar,edit je la macam mana korang suka, asalkan gambar korang jadi cantik.Tu je..hahaha

Lagi satu aku tak ajar kat sini pasal edit sebab software makin lama makin cangih dag makin update.Apa yang aku tulis tahun ni,tah2 dua tiga tahun depan org tak baca dah. Dulu orang pakai photoshop, sekarang dah ramai pakai lightroom. Kalau aku ajar pasal teknik,sampai bila-bila org boleh baca pasal ni. Tapi mugkin pada masa hadapan, aku akan buat tutorial photoshop atau lightroom. Kalau korang nak la :p


365 edisi ke empat

Hari 18

Figura gundam kecik yang aku ambik dari junior aku. Sebenarnya compositon gambar ni kosong je. Subjek pun duduk kat centre, disebabkan bosan aku pun try la macam-macam kat photoshop. Akhirnya lahirlah idea nak buat efek swirl. Disebabkan aku buat swirl, aku tambahkan sikit texture(first time pakai texture) bagi umph sikit. So, inilah hasilnya.

Hari 19
Hari ni agak malam jugak la aku nak ambik gambar. Nak keluar dah gelap dan takde idea. Plannya nak amik self potrait. Pastu macam malu je ambik muka sendiri. Aku ternampak telefon(intercom) kat bilik aku. pastu aku ambik la. Mula-mula nak ambik biasa je. Selepas perah otak sikit-sikit, aku dapat idea nak ambik gambar terbang-terbang. Sambil pakai timer(sebab takde remote) dan tripod, aku letak bantal kat bawak telefon ni sebab takut hancur kena lantai, mula lah aku macam orang gila baling gagang tu ke atas sambil tunggu timing camera dan elak kepala dari masuk frame. Edit menggunakan texture sebab dinding plain dan bosan. Sebab hari sebelumnya aku dah pakai texture, so edit kali ni cepat sikit la.

Hari 20
Hari keesokkan nya aku ada paper. Punya la pening kepala nak study. Malas nak perah otak untuk fotografi, sebab baik aku pecah kepala belajar dari fikir idea 365 ni. Aku hentam sajalah ambik spek fokus kat kanta tu. Dan walla, jadilah macam ni. Ini hasilnya. Tak sampai sepuluh minit. Hahaha

Hari 21
Hari exam jugak, bosan, ambikla gambar kasut(bosan gila idea..hahaha). Edit menggunakan lightroom sebab sangat senang menggunakan software ni. Jimat masa, lebih masa mengadap buku!

Hari 22
Yea, hari takde paper, aku keluar pergi makan sushi. Sebenarnya baru aku perasan lighting kat kedai sushi takde lah mantap sangat(sebab selalunya kat kedai makan macam terang je). Ingatkan boleh pakai ISO 100. Sampai 400 jugak la aku kena naikkan. Nasib baik noise takde sangat. Gambar kali ni biasa je la kot. Tapi kali aku dapat belajar yang dalam editing, kena berhati-hati dalam proses sharping ni . Bukan ape, ramai orang ingat sharping tu akan buatkan gambar jadi best. Tapi sebenarnya over sharping ni membuatkan gambar jadi tak real dan tak best :)


p/s : Baru aku perasan, sebenarnya best jugak aku share apa kesilapan dan benda baru yang aku belajar setiap hari dari projek 365 ni :) Macam mana? korang prefer aku letak gambar je ke atau aku tulis sekali apa yang aku belajar dari setiap gambar? Sebenarnya banyak gila kau belajar dari 365 ni. Dari aku tak reti nak main tone, aku dah boleh sikit-sikit. Dari tone typical wedding, ke tone ala-ala gadis dan lain-lain. Dari tak pernah main texture,swirl dah start pakai dah.

p/ss : Anonymous pun boleh komen kat blog aku.So kepada hantu-hantu yang nak komen, dipersilakan :p

facebook | twitter | flickr



Nasihat kepada photographer

Advices for photographer :

1.Follow your own style, not trends. 
2.There are no rules in photography (rule of third etc. is just a guide).
3.Constantly experiment and innovate.

4.Always bring your camera with you everywhere you go. EVERYWHERE.
5.Don't think. Feel. 
6.Take photos that tell stories.
7.The more photos you take, the better.
8.See with your eyes, not your camera.
9.If you are a beginner, don’t worry about the settings too much. Just toss your camera on auto mode and go shooting.
10.No subject is too ordinary to shoot.
11.Photography is a lot like swimming. You have to do it to truly learn it.
12.Get lost in your photography and lose track of time.
13.Upload your photos in facebook,blog,flickr etc 
14.Stop reading about photography. Take photos now!

sedikit kata-kata semangat

In an authentic hadith, the Prophet S.A.W said :
" Allah, blessed is He and Most High, says: says : 'O' son of 
Adam,indeed, you will not supplicate to Me and hope 
from Me excep.t that I will forgive you, in propotion to 
what came from you (i.e. your level of sincerity), and I 
won't mind. O' son of Adam, if your sins were to reach 
in magnitude the height of heavens, and then 
you were to ask Me for forgiveness, I would forgive you, 
and I won't mind. O' son of Adam, were you to come to 
Me with sins that (in their size) almost fill the earth, and 
you met Me without ascribing to Me any partners, I 
would come to you with its size in forgiveness. "'

kepada pemborong lens [2]

Ni post kedua pasal lens. Post pertama klik sini. Ada kat sini aku nak senaraikan beberapa faktor yang kena fikir sebelum beli sesuatu lens.

1. LENS SPEED
Lens speed ni adalah benda pertama yang kita kena consider dalam mebeli lens. Lens yang laju bermaksud aperture yang tinggi (f stop rendah). Maksudnya, cahaya dapat masuk dengan banyak even dalam keadaan gelap. Aperture paling besar aku pernah jumpa ialah f1.4 tapi agak mahal la. Dan kalau aperture besar quality bokeh pun akan up. Sebenarnya, kalau lens yang ber aperture rendah pun tak salah. Contohnya kit lens 18-55mm f3.5-f5.6, tapi kadang-kadang dalam keadaan gelap kena pakai flash atau sumber cahaya untuk dapat gambar yang cantik. Tu pandai-pandai korang la nak settle macam mana.

2. FOCAL LENGTH
Focal length ni maksudnya nilai mm kat lens tu. Lagi tinggi nilai mm tu, lagi jauh korang boleh zoom. Part ni aku tak boleh cakap banyak sebab semuanya bergantung kat korang nak buat photography jenis macam mana.

3. FOCUSING DISTANCE
Ini adalah jarak hujung lens dengan subject. Benda ni berguna kalau korang minat macro atau close up photography.

4. IMAGE STABILIZATION
Function ni berguna untuk elakkan camera shake. Selalunya kebanyakan lens dah ada IS ni. Tapi ada yang takde. Ikut korang kalau nak atau tak. Sebab kalau lens yang ada IS ni harganya akan naik sikit. Bagi aku IS ni penting kalau lens korang panjang (focal length tinggi). Sebab, semakin zoom semain shake camera, so IS sangat penting time ni.

5. BUILD AND QUALITY
Build dan quality setiap lens berbeza. Kalau lens mahal qualitynya memang mantap dan selalunya agak berat. Lens murah pulak kadang-kadang nampak macam plastik dan ringan. Jatuh sekali boleh pecah. Tapi bagi aku benda ni takde lah penting sangat asalkan korang tau jaga lens dan tak campak-campak lens.

6. BUDGET
Yang ni aku tak boleh cakap banyak. Isi poket berbeza bagi setiap orang. Bagi CANON, lens yang bergelang merah adalah lens yang mahal (L series). Tapi bagi orang yang tak berduit dan biasa, aku nasihatkan korang pakai lens yang murah dulu selama 2-3 tahun, bagi master setting-setting camera, tau apa tu aperture, iso, shutter speed, white balance dan lain-lain settings yang korang tak pernah usik, pastu barulah fikir untuk beli lens. Ni baru beli camera beberapa bulan dah tukar lens, amende tu? Tau la korang banyak duit. Bagi pendapat aku, jenis lens takde lah mainkan perananyang sangat penting dalam quality gambar anda. Yang penting adalah cahaya dan Point Of View korang. So betulkan skill tu dulu.

7. BRAND
Dekat luar tu ada banyak brand camera. Dan banyak juga third party lens. Kalau korang pakai Nikon, tak smestinya lens kena nikon. Boleh je pakai Tamron atau Sigma. Maksud aku takde lah third party lens tu hebat. Tapi mungkin lens diorang murah dan quality dia sama dengan lens Canon atau Nikon. Bagi aku, setiap brand ada lens yang tak best dan best. So, sebelum beli lens baik korang buat research sikit dan bandingkan mana yang berbaloi.

bersabar

Salam. Rasa mcm dah lama tak menulis tip-tip fotografi kat sini. Tak mampu nak update blog sangat. Busy la dengan exam dan projek 365 kebelakangan ni. Tapi kali ni aku nak cakap pasal kesabaran dalam fotografi.

Macam ni kisahnya. Kadang-kadang fotografi ni kita kena banyak bersabar dan jangan give up. Contohnya, kalau anda minat ambik gambar landscape. Antara gambar landscape yang best bila sunset ataupun sunrise. Dan untuk ambik gambar ni anda kena bersabar menunggu. Dan tips aku dalam ambik gambar sunset ni, timing warna langit yang terbaik ialah 20 minit selepas masuk waktu maghrib. Masa tu langit akan jadi merah oren ke biru gelap. Dalam istilah fotografinya ialah GOLDEN HOUR. Time ni lah selalunya orang tertunggu-tunggu. Sebab time golden hour ni, langit anda akan jadi lagi dramatic dan tak bosan.

Lagi satu contoh, bagi peminat street candid. Anda memerlukan timing yang tepat untuk ambik gambar yang best. Street candid bukan setakat duduk kat tepi jalan snap ikut suka hati. Mata kena alert tengok sekeliling. cari mangsa yang best. Pastu baru snap. Ini baru namanya professional.

Bawah ni adalah contoh gambar.

untuk gambar ni aku tggu selama setengah jam jugak la untuk tggu tangga tu kosong dan lif tu bergerak..hasilnya agak memuaskan hati :)

Popularity, Jaja cerita sedih sana sini, Bangsat!

Dave W.- "I don't want to be famous, I just want to make great photographs"

p/s:
Semua orang ada cerita sedih la. Jangan nak jaja kat sana sini. Popularity penting sangat ke bang?