Hari 18
Figura gundam kecik yang aku ambik dari junior aku. Sebenarnya compositon gambar ni kosong je. Subjek pun duduk kat centre, disebabkan bosan aku pun try la macam-macam kat photoshop. Akhirnya lahirlah idea nak buat efek swirl. Disebabkan aku buat swirl, aku tambahkan sikit texture(first time pakai texture) bagi umph sikit. So, inilah hasilnya.
Hari 19
Hari ni agak malam jugak la aku nak ambik gambar. Nak keluar dah gelap dan takde idea. Plannya nak amik self potrait. Pastu macam malu je ambik muka sendiri. Aku ternampak telefon(intercom) kat bilik aku. pastu aku ambik la. Mula-mula nak ambik biasa je. Selepas perah otak sikit-sikit, aku dapat idea nak ambik gambar terbang-terbang. Sambil pakai timer(sebab takde remote) dan tripod, aku letak bantal kat bawak telefon ni sebab takut hancur kena lantai, mula lah aku macam orang gila baling gagang tu ke atas sambil tunggu timing camera dan elak kepala dari masuk frame. Edit menggunakan texture sebab dinding plain dan bosan. Sebab hari sebelumnya aku dah pakai texture, so edit kali ni cepat sikit la.
Hari 20
Hari keesokkan nya aku ada paper. Punya la pening kepala nak study. Malas nak perah otak untuk fotografi, sebab baik aku pecah kepala belajar dari fikir idea 365 ni. Aku hentam sajalah ambik spek fokus kat kanta tu. Dan walla, jadilah macam ni. Ini hasilnya. Tak sampai sepuluh minit. Hahaha
Hari 21
Hari exam jugak, bosan, ambikla gambar kasut(bosan gila idea..hahaha). Edit menggunakan lightroom sebab sangat senang menggunakan software ni. Jimat masa, lebih masa mengadap buku!
Hari 22
Yea, hari takde paper, aku keluar pergi makan sushi. Sebenarnya baru aku perasan lighting kat kedai sushi takde lah mantap sangat(sebab selalunya kat kedai makan macam terang je). Ingatkan boleh pakai ISO 100. Sampai 400 jugak la aku kena naikkan. Nasib baik noise takde sangat. Gambar kali ni biasa je la kot. Tapi kali aku dapat belajar yang dalam editing, kena berhati-hati dalam proses sharping ni . Bukan ape, ramai orang ingat sharping tu akan buatkan gambar jadi best. Tapi sebenarnya over sharping ni membuatkan gambar jadi tak real dan tak best :)
p/s : Baru aku perasan, sebenarnya best jugak aku share apa kesilapan dan benda baru yang aku belajar setiap hari dari projek 365 ni :) Macam mana? korang prefer aku letak gambar je ke atau aku tulis sekali apa yang aku belajar dari setiap gambar? Sebenarnya banyak gila kau belajar dari 365 ni. Dari aku tak reti nak main tone, aku dah boleh sikit-sikit. Dari tone typical wedding, ke tone ala-ala gadis dan lain-lain. Dari tak pernah main texture,swirl dah start pakai dah.
p/ss : Anonymous pun boleh komen kat blog aku.So kepada hantu-hantu yang nak komen, dipersilakan :p
facebook | twitter | flickr
p/ss : Anonymous pun boleh komen kat blog aku.So kepada hantu-hantu yang nak komen, dipersilakan :p
facebook | twitter | flickr
aku sampai la tak reti texture2 ni pek.hahaha
berdebardebar tengok hari keduapuluh tu taw
nyum2..
gambar hari-20 tu cantek duh pek!
wan: ala..try la..tambah variasi
huda: apsal berdebar2?bukan shiken ko dah habis ke?
zaim: buat la duh projek 365 ni..baru ko tau penangan dia
adil : thanks dude..ko kawan sejati..hahaha
sebab cantek laah pek -_- aku mane penah nak bedebardebar pasal shiken ni.dududu
aku ni xde komimen la pek.. haha
2,3 ari jek kot tahan