weekend project

Dalam post sebelum ni fotografia: how to get inspired aku ada cakap salah satu cara untuk "get inspired" ialah buat photography project.Oleh itu, aku plan untuk buat sekurang kurangnya satu photography project setiap bulan.Aku boleh upgrade skill dan korang dapat tgk gambar aku.Dua2 menang :)

Kalau sapa2 nak join, sangat dialu alukan.Nak post kat blog aku ni pon boleh sokmo

Project aku kali ni ialah pineapple, bahasa melayunya..nenas

Sekian..terimalah projek first aku








Ok.Macam tulah hasilnya.Korang nak tau macam mana aku buat.Time ni aku xde speedlite sume tu.Aku takde lens 50mm.Aku pakai lens kit cikai tapi stylo canon 18-55mm.Untuk sumber cahaya, aku pakai lampu study aku yg xpernah dipakai untuk study, reflector org miskin pinggan aluminium dan background ape tah warna hitam tu aku x tau nama dia.Pinggan untuk stabilkan sket buah tu dan kerusi warisan senior untuk tinggikan sikit objek.Itu sahaja.

Yang gambar hirisan buah tu, aku pakai cermin lapik meja.Aku amik gambar dari bawah cermin dan letak lampu kat atas dia.

Sebenarnya,kalau kita tau apa yg kita nak, boleh je kita yg buat semua tu.Contohnya yg paling penting, sumber cahaya.Time ni aku nak main dgn cahaya dan bagi background gelap, so dgn lampu study pun dah cukup sebenarnya.

Lagi satu, kat sini aku nak cakap yg walaupun xde gadget2 best, tak semestinya tak boleh amik gambar yg berkualiti.Asalkan kita pandai create situation, semua boleh jadi.

Gambar 'gadget-gadget' aku :p

shooting mode

1.Mesti korang tertanya2.Apa shooting mode yg bagus.Aperture priority,shutter speed priority ataupun manual.Sebenarnya takde jawapan tetap bagi masalah ni

2.Bagi aku,semuanya bergantung kepada LENS dan SITUASI masa kita nak shoot tu.

3.Dulu aku guna canon lens kit 18mm-55mm (lens cikai tapi bagus).Oleh sebab aperture nya takde lah besar sgt(f number kecik) aku gunakan shutter speed mode.Kerana kalau aku guna aperture mode, contohnya aku set kepada f4 atau area2 situ..kalau keadaan x berapa cerah.Shutter speed akan jadi slow.Kalau shutter speed slow kemungkinan tinggi gambar anda akan sedikit shaky.Ini adalah masalah besar.

4.Sekarang aku baru beli lens Canon 50mm f1.8.Oleh kerana aperturenya sgt besar(f kecik),lebih dari 90% aku gunakan aperture priority mode.Ini kerana aperturenya besar,walaupun dalam keadaan agak gelap cahaya dapat masuk dalam lens tu agak banyak.Jadi masalah shaky tu tiada lagi

5.Pasal situasi pulak,kalau anda mahu gambar anda bokeh.Anda perlu control aperture.Jadi aperture priority lebih sesuai masa ini

6.kalau anda tak mahu bokeh atau mahu freeze kan subject yang bergerak.Masa ini anda sesuai gunakan shutter speed priority.Tapi apa yang anda perlu ingat, kalau shutter speed laju.Jumlah cahaya masuk lens adalah sedikit.Jadi anda mungkin perlukan cahaya yang banyak(cuaca cerah atau flash)

7.bagi manual mode, anda perlu control kedua dua shutter speed dan aperture.Mode ini adalah mode yang agak mencabar.Aku jarang guna, tapi ada masa kita terpaksa pakai manual ni.Contohnya light trail, bunga api dan lain2.

8.Oleh itu, tiada mode specific yang ditetapkan.Semuanya bergantung kepada diri sendiri macam mana hasil gambar yang anda mahu.Mungkin anda mahu cuba sesuatu yang lain dari orang lain, jadi gunakan mode yang lain dan mungkin hasil anda akan lain dari yang lain.Inilah yang akan membuat gambar anda lebih creative


aperture priority untuk blur keretapi belakang


shutter speed mode untuk freeze subject

manual untuk control aperture dan shutter speed

how to get inspired

Sebelum ni aku ada pesan dalam automatic mode yang kalau nak naik level ngan cepat dalam photography ni.Kena banyak ambik gambar dan publish kat mana2 especially flickr.Supaya kita fikir apa yang kurang dalam gambar kita.

Nak amik gambar selalu memang susah.Lagi lagi la kalau setiap hari kita asyik ulang benda yang sama.Contohnya jalan kat jalan yang sama,buat kerja yang sama.Memang susah la nak ada idea amik gambar.

Tapi ada caranya untuk kita "get inspired".Kat sini aku nak share macam mana cara aku.Setiap orang maybe lain sikit.Tapi basicnya macam ni la kot.Haha..Aku hentam je sebenarnya.

1.Main internet
Tgk la gambar2 org lain.Kat flickr ke mana2 blog atau website.Lagi banyak gambar anda tgk.Lagi mencurah curah idea nak ambik gambar.Cara ni memang berkesan.Aku selalu buat sebelum aku shoot apa2.

2.Experiment atau buat photography project
Yang ni aku kadang2 buat.Time weekend la selalunya.Contohnya, aku pegi shopping kat mana2 supermarket, aku beli buah.Kat rumah, aku ambik gambar tu.Dengan buah tu, aku experiment la macam2.Aku experiment macam mana nak buat shadow la ape la.Ikut suka aku time tu la.Ni antara weekend project aku food porn - pisang

Tak semestimya project yg kena keluar duit.Ada je yg x keluar duit.Contohnya, amik gambar long exposure kereta ke bintang ke light paingting ke dan lain2.Aku syorkan buat benda2 yg rare la.Mmg org akan pay attention kat kerja kita.Sebab lain dari yg lain.Contohnya,aku pernah buat project amik gambar dari dalam peti sejuk aku(bajet rare)..hahaha

3.Bawak camera ke mana sahaja
Ni kita kena jadikan habit.Bawak camera selalu.Mana tau tgh jalan ada jumpa apa2 yang best.Kadang2 kita mesti ada rasa menyesal kan kalau tak bawak camera.Haha.Aku pernah rasa.Kalau kita selalu bawak camera.kita mesti akan terfikir gambar apa yang kita boleh amik time jalan2.Secara tak sengaja kita telah "get inspired" dah time tu.Oleh itu pesan aku.Bawak camera dan amik gambar byk2!!

4.Enjoy
Apa2 pun.Ni paling penting.Kalau enjoy semua benda akan menjadi.Tak boleh dinafikan lagi.hahaha..Aku dah sampai enjoy sgt dgn benda ni, sampai setiap hari aku mesti fikir pasal photography.Gila sgt dah ni aku.Tapi time anda sampai tahap ni mesti bayak je idea datang.Secara naturally :)













50 mm f1.8 test shot

I had a bbq last Saturday and its the best time to test my new 50mm f1.8 lens.

After taking a lot of photographs.What I can say is 50mm f1.8 lens is a great lens, have a very low aperture (f1.8) with a very affordable price.Great in portaiture and low light photography. And, it also give you a great colours in your photograph. I mean REALLY great!

Lower aperture could give you a great bokeh effect in your photograph - the reason why it is great in portraiture. But this lens has a very small problem - SLOW focus speed.This means when you are taking a photograph the time of red dot to blink is quite slow.Not VERY slow!!It's QUITE slow compared to another lenses.For me it's not a big problem.You will know when you try this lens :)

FYI this lens is the shortest and the lightest lens among canon lenses and the price is just 8500 yen.For Canon users, you should have this lens :)

So let's see the results

















For more pictures please visit my facebook photo album

follow me on twitter

abstract photography

Hari ni first time aku tau wujudnya abstract photography.Haha..Ala rilek la.Aku baru setahun main camera.Banyak lagi aku x tau.Tapi aku terasa nak kongsi la video ni.Memang inspired habis.Dah 99 tahun umur pak cik ni dan plg cool die xtau ape2 basic camera time first time die pegang camera.So kepada aku dan sesape yang x masuk sekolah photography, tak semestinya kite xleh pegi jauh dalam bidang ni.


Senang cite dan pendek kata absract photography ialah sesuatu abstract dibawa dalam gambar.Mesti korang rasa senang kan.Sebenarnya tidak.Abstract yg nak lukis tu pun payah.Ni lagila nak kena amik gambar.Kalau lukis, kita boleh reka sendiri, tapi kalau mengambil gamabar, lain citernye.Kena ada momentnye dan kena ada idea.

Tapi sebenarnya boleh je kita create gamabr kita nak amik.Contohnya macam gambar ikan dalam video tu.Yang tu dia sendiri yg create moment tu.Yang penting, ada idea.

Sebenarnya aku berminat gak ngan genre ni.Macam stylo.Haha.Tapi susah la.Ape2 pun aku nak try dulu.Kalau korang nak kongsi boleh letak kat sini.Aku pun nak tgk jugak hasil org lain :)

Ni contoh antara gamabr yg aku dapat