365 edisi ke lima

Hari 23

Gambar ni aku ambik dari library university aku (aku kaki library beb..jangan main-main). Bukan apa di sebabkan univ aku ni agak bajet bagus sikit dalam bidang architecture, banyak la majalah-majalah art, fotografi dll yang boleh di buat rujukan oleh newbie yang macam aku ni :p Bila dah bosan menyelak buku, pergi lah tebal muka ambik gambar keliling library ni. Nak buat macam mana. "Get photographs whatever it takes" . Sabar je lah.

Gambar ni tujuan aku nak framing bagi pokok tu menonjol terjojol sikit, sebab tu la ada batang besi tingkap sesat kat belah kanan tu. Pastu, aku dalam editing pulak mengada-ngada nak try blue-ish sikit. Sebab tu bangunan belakang tu nampak biru. Ni kira try and error la ni. Kalau best boleh di praktikkan. Kalau tak best boleh buang jauh-jauh. Dan lagi satu aku tambahkan efek subtle-subtle gitu kat gambar ni. Walaupun takde lah nampak sangat kot aku rasa. Kali ni editing agak hampeh. Tapi framing agak memuaskan naluri seorang lelaki la jugak. Dan hasilnya adalah biasa. Tapi satu benda aku perasan, framing yang creative adalah sangat penting untuk bagi gambar korang nampak stylo.

Hari 24
Ambik dalam bilik sudeyh. Stobewwy lupi aku paw, pastu letak atas cutting board kayu untuk nampak efek earth sikit dan keseimbangan warna. White balance aku ubah kepada 'shade' sebab tu nampak kuning-kuning sikit. Tapi di sebabkan bilik aku punya lighting tak kemas sangat, aku terpaksalah menggunakan bantuan adik kesayangan, 430EX untuk masa depan yang lebih cerah :) Kalau korang tertanya-tanya macam mana aku dapat warna merah terang tu, jawapan aku, lighting yang best dan sila UP kan nilai saturation kepada level 4 dalam kamera korang. Dan warnanya akan naik ke tahap klimaks. Percaya lah bruuuuu (brader kebab kat ueno)

Pastu kat lightroom, aku aku pakai teknik VIGNETTE sikit dan tambahkan BLACK untuk hasil yang lebih padu.

Hari 25
Belah kanan tu la library aku. Mantap kan kawan-kawan? :) Lagi satu aku bajet framing bagus, menggunakan ranting-ranting pokok untuk sebagai bahan untuk membantu mata viewer terus ke subject. Subjectnya adalah permandangan kat belakang tu kalau korang tak tau. Atau lebih tepat lagi, pokok. Masa ni dah lambat (hampir senja), sebab tu aku dapat warna macam ni, tak perlu susah-susah edit sangat. Oleh itu, pandai-pandailah korang timing masa korang keluar untuk mengambil gambar ye. Tapi berhati-hati keluar masa senja, syaitan berkeliaran.

Hari 26
Ini cermin kat library. Bajet framing bagus lagi sekali. Langsir tu reflection dari tingkap kalau korang nak tawu. Pastu lagi sekali aku guna VIGNETTE untuk bagi langit biru tu menonjol terjojol keluar. Macam ni lah hasilnya kawan-kawan. Dan lagi satu, retak tu natural ye, bukan edit. Aku tak pandai edit sangat sampai tahap buat retak-retak ni. Kalau aku power, dah lama aku bukak kelas editing, paw RM1500 kat orang kaya tak fikir panjang.

Hari 27
Gambar dari tingkap bilik kasut pun boleh jadi macam ni? Sabar je lah. Gambar ni takde apa-apa tujuan selain dari aku nak tunjuk aku dapat ambik flare tu. Itu sahaja. Tapi dengan bantuan framing,langsir dan tingkap, hasilnya jadi up 10%.  Aku rasa macam tu la. Gambar kali ni, buat aku terfikir, subject biasa, edit simple pun boleh jadi lawa jugak ye. Ok fine, lepas ni aku tak over-over dah. Iye, aku faham ape korang nak cakap.

p/s : Bajet emo sikit lah time edit gambar ni. Tu yang jadi BnW tu. Orang kata artis kena emo, baru hasilnya menusuk hati jiwa raga penonton. Tak gitu? :p


Monolog dalaman : Malas nak belajar, nak jadi pelakon dan photographer.

facebook | twitter | flickr


4 Responses so far.

  1. cilaka you punye gamba sutolobeli terbaik dariladang abaq ang

  2. neng : celaka2..nasib badan ja tuh..lucky!!

Leave a Reply