365 edisi ke enam

Hari 28

Gambar dari Shinjuku station. Bajet nak tunujuk kesibukan Shinjuku. Tapi tak jadi. Last-last ambik gambar orang depan train sahaja. Masa ni, musim malas edit, BnW adalah paling ideal masa ni. Biasa sahaja edit, tapi aku clearkan bahagian tengah tu, org tengah main hand phone tu. Kesilapan aku kali ni, banyak sgt details mengada-ngada aku nak ambik, sampai pening kepala.

Hari 29
Oh, ini masa aku nak pergi Nippori, cari hadiah. Tetiba, ternampak subject best kat pintu train. nasib baik caera aku sentiasa on, tak pernah off dan settings dah di buat, terus angkat camera dan snap. Nasib baik dapat. Orang cakap, peluang untuk ambik gambar yang sama tak kan datang dua kali. Oleh itu, nasihat aku, sentiasa ON-kan camera anda walaupun dalam beg. Supaya senang untuk snap-snap pada masa suntuk. Jangan risau pasal bateri, sebab bateri takkan habis kalau anda biarkan on. Dan orang cakap bateri boleh tahan selama 2 tahun kalau anda biarkan on tanpa snap apa-apa gambar. Percaya? entah, aku tak tau. Lepas tu, setiap kali anda nak keluar atau masuk mana-mana bangunan atau tempat, sentiasa buat test shot, dan betulkan mana-mana settings yang patut. Supaya tak terkebil-kebil masa kelam kabut nak ambik gambar.

Masa ni, aku tak tau macam mana boleh tetiba sesat warna-warni kat tepi pintu tu, adkah sebab reflection atau train ni bergerak. Aku dah tak ingat. Tapi apa yang penting, sentiasa alert dengan peluang-peluang di sekeliling anda.

Hari 30
Gambar padang lawa kembali lagi. Kali ni ambik dari low angle pulak. Rendahkan atau tinggikan camera bila anda takde idea nak framing macam mana. Hasilnya akan jadi best dan creative. Percayalah cakap hambo ni. PLAWOK X3. Editing pulak aku mengada-ngada nak try soft tone edisi summer. Sebab tu gambar nampak kuning semacam ye kawan-kawan. Try lah macam-macam jenis benda bila anda masih amature, barulah anda banyak ilmu dan satu hari nanti, anda akan jumpa apa jenis photography dan editing style yang anda suka.

Hari 31
Baru-baru ni aku terpengaruh dengan Ben Chrisman. Asyik nak tiru je artwork dia. Blue-ish-blue-ish ni datang dari dia la. Adus, macam lalang dah aku ni, nak tiru je. Tapi takpe kawan-kawan, sekarang origanality dah susah nak cari, kita tiru je hasil orang power, dan ubah sikit sesedap rasa ikut style sendiri. Baru cepat maju. Pak cik kat fotopages cakap, peniruan adalah the best teacher. Aku pun tiru lah. Korang jangan tipu la kalau korang tak pernah meniru. Jangan bajet bagus sangat. 

Reflection pokok dari tingkap dan batang-batang tingkap sesat. Okla jugak hasil kali ni. memuaskan naluri seorang lelaki jugak la aku rasa. Owh, masa ni aku paksa diri pakai 50mm, sebab tu nampak macam framing pack sangat. Maaf ye, sengaja nak celen diri sendiri. Aku ada baca, prime lens ni bagus sebab dia membuatkan kita creative dalam framing, tu yang aku try tu. Mencabar jugak la tak dapat zoom.

Hari 32
Balik sekolah baru terhegeh-hegeh nak ambik gambar. Nasib baik ada mamat jepun ni beli air kat vending machine. Boleh aku ambik gambar. Dah macam paparazi, aku dari dalam bangunan sorok-sorok ambik gambar mamat ni. Sebab tu la ada kerusi dan lain-lain benda sesat kat gambar ni tu. Reflection cermin semua tu. Jangan ingat aku sengaja tambah ye. Haih, sabar je lah. Nasib baik ada bantuan cahaya dari mesin beli air, terang sikit muka dan badan mamat ni. Senang kerja, tak yah ambik gambar banyak-banyak boleh balik panaskan badan (winter).


monolog dalaman : Banyak sangat orang main camera ni sekarang. Macam mana nak cari makan ni? Takkan nak jadi engineer kot..bosan gila..ada aku jadi tauke murtabak kang :p


facebook | twitter | flickr

Leave a Reply