pertukaran nama

Sebab sebelum ni aku post emo dan melanggar undang2 fotografia. Aku mengambil mengambil keputusan untuk tukaq nama blog ke "fotografia etc.". Haha. Dengan tambah satu perkataan je aku boleh post apa yg aku suka. Tapi blog ni still blog fotografi la. Dan pasal kehidupan fotografi aku. Kawan2 photographer dan "peminat2"sori la blog ni bukan 100% pasal fotografi lagi. Dah tercemar duli dah blog ni sebab emo mggu lps. Sekian dan majulah fotografi untuk negara!!!

Aku bengang!!

Ye ni 1st time aku x post pasal fotografi.Dan ye aku bengang!!Sebenarnye aku xnk la post pasal personal life aku kat blog.Tapi nak buat mcm mne. Aku tulis jugak. Dan post pulak tu. Lantak la

Macam ni citernye. Aku x puas hati dgn org yg kuat mengumpat!!!Ye korang yg kuat mengumpat dan mengutuk. Bodoh ape ko nak kutuk org, xde la hebat sgt kan korang ni . Korang lagi teruk dari org yg korang kutuk tu. At keast die bukan 'tikam belakang'. Kat depan bukan main baik ko ckp, kat belakang punya la mulut busuk. Kalau x puas hati cakap la depan2, dan kalau xnk cakap depan2 atau xnak dapat dosa dan masalah, TELAN (DIAM). Senang citer. Aku cukup pantang jenis cakap pasal keburukan org kat public. Facebook ke blog ke. Haram jadah ape. Alasan die, "lantak aku la, blog aku, facebook aku,aku boleh cakap apa yg aku suka..aku x sebut nama pun kan" . Terus terang aku cakap, org yg fikir mcm ni bodoh. Yang baca blog dan facebook ko tu member ko, yg ko kutuk tu member ko jugak. Sape yg bangang x boleh agak ko tgh cakap pasal sape. BODOH!!Paling senang DIAM!!

Sebenarnye aku bengang ngan budak bukan rakyat Malaysia ni. Kat depan, cakap baik senyum manis. Kat belakang cakap keji. Kalau x kantoi xpe. Nak je aku tumbuk muka ko.

Sekian....

Quarter After One

Hari tu kan, dalam beberapa minggu lepas, aku pergi menjoinkan diri shoot satu band sempai (senior) ni. Band ni bernama Quarter After One lah, bergenre ala ala pop punk gitu. Ahlinya terdiri daripada 3 org Nizam, Raimu dan Ryuta. Ni first time aku shoot band, so agak blank la nak buat apa. Kalau korang ada tips sila la bagi kat aku. Berminat jugak nak shoot band atau artis ni.Boleh buat fanpage kat fb..hahaha

Macam ni la hasilnye
























Quater After One
Pop Punk Band from Kanagawa,Japan

Website
www.audioleaf.com/quarterafterone
www.myspace.com/quarterafterone
Band Members : Ryuta, Nizamu, Raimu


for more pictures : facebook

Sentuhan Warna

Warna adalah element paling power dalam gambar.Walaupun sikit mmg akan bagi efek yg besar.Oleh itu,warna dapat digunakan untuk membuat gambar anda menjadi attractive dan kalau lagi pro boleh gunakan warna untuk dorong mata viewer ke tempat yg kita nak dalam gambar.Faham tak?ke ayat aku berterabur? Tapi mcm tu lah maksudnya =p

Setiap org ada favourite colour dan tak berapa suka dgn combination sesuatu warna kan.Yang tu tak berapa penting dalam dunia photography ni,yang pentingnya ialah warna apa yg "attract the eye more strongly". Jawapannya ialah, primary colours terutamanya warna merah (primary colour ialah biru,merah dan kuning kalau korang lupa la).

Lagi satu, warna ni penting.Cuba bayangkan ada banyak gambar depan kita.First gambar yg kita akan tgk ape?Bagi aku, aku akan tgk gambar yg ada warna merah dulu.Penting tak warna?Oleh itu pemilihan warna agak penting jugak la untuk bagi gambar kita lebih 'umph'.Dan tak semestinya kita kena shoot merah je.

Sebenarnya, kalau shoot studio mungkin senang untuk susun warna2 ni, kalau kat luar mungkin akan lagi susah.Oleh itu nasihat aku, time kat luar cubalah buka mata cari warna2 yg menarik untuk gambar anda :)

Kat bawah ni contohnye lah.Tgk dan baca lah.

Background die walaupun terang dan banyak pattern yg mungkin menganggu subject.Tapi first skali yg kita nampak mesti bunga merah tu kan.Oleh itu aku nak cakap, warna dalam ni agak betul la.Itulah kisahnye....

Im a souless photographer...

Aku terfikir benda ni dah lama.Dah lama jugak aku simpan dalam hati.

Aku dah banyak gila babun amik gambar.Dah setahun lebih aku ada kamera.Dah banyak gambar aku tgk,komen dan mcm2 lagi.Dulu awal2 aku ada kamera, aku amik gambar apa yg aku nak tunjuk kat org lain.Aku nak org lain tau apa yg aku fikirkan,apa yg aku nak sampaikan melalui gambar aku.

Tapi sekarang aku dah 'lama' berkamera,skill pun meningkat sikit.Aku dah tau sikit2 mcm mana nak amik gambar yg cantik.Bagus la,setiap org akan meningkat kan.Tapi masalahnya disebabkan tu aku tau mcm mana nak amik gambar cantik, aku main amik je.Tak fikir ape pun.Oh, aku xtau apa yg berlaku kat aku.Aku sudah mengejar populariti.Bangang!Tujuan awal setakat nak org appreciate je hasil kerja aku.Tapi sekarang dah jadi lain pulak.Aduhh


Im a souless photographer...

"I don't want to be famous, I just want to take good photographs" - quote by someone who I forgot the name

red,yellow and brown

Dah lama aku tak post kat blog ni,sebab asyik busy je dengan hal2 duniawi.Kali ni aku nak bercerita pasal gambar autumn.Aku pergi Nikko 2 minggu lepas dan gambar yg aku ambik takde la banyak sgt.Tapi aku nak ajar sikit la pasal shoot gambar autumn ni.

1.Contrast
Kalau sebut pasal autumn mesti akan teringat color kan.Oleh sebab itu sebelum shoot cari color contrast yg best.Contohnya kaler merah dengan hijau ke,kuning dengan biru ke dan lain2.Pandai2 la gabung color tu.Cara paling senang, contrast antara subject dan background.

2.White balance
Main white balance.Jangan pakai automatic white balance, buat rugi je ade function tu kalau tak pakai.Sebagai contoh, time aku pergi Nikko ni aku pakai white balance cloudy.Supaya gambar aku nampak agak kuning.Biar daun2 tu nampak lebih umphhh.

3.Underexposed
Time nak shoot autumn.Aku nasihatkan underexpose kan sedikit kat setting camera tu.Supaya color daun tu akan naik lagi dan dapat lebih banyak detail.Jangan enderexpose sgt,nanti rosak gambar.Buat rugi je amik gamabr byk2 tapi semua gelap

4.Eperture
Main aperture.Sama ada nak background blur atau sharp.Yang ni bergantung terhadap situasi la kita nak gambar mcm mana.

5.Be creative
Jangan asyik ambik gambar daun je.Ambik gambar lain.Contohnya, ambik gambar org2 kat sekeliling ke, gambar kasut ke.Ape2 la.Dan 'be creative'.















more pictures